Kursus Penjadualan Projek Mengikut Garis Panduan Penjadualan Projek JKR
Anda terlibat dalam projek Kerajaan? Mahu hasilkan program kerja (CPM) yang tepat, mantap dan diterima tanpa pindaan (atau hanya sedikit sahaja) oleh Pegawai Penguasa?
Kuasai teknik sebenar penyediaan program kerja (CPM) dan pelaporan kemajuan projek berdasarkan Garis Panduan Penjadualan Projek JKR – terus daripada salah seorang penggubal garis panduan tersebut.
Objektif Kursus
Kursus ini direka untuk membantu peserta:
✅ Menyediakan Program Kerja Projek mengikut format rasmi JKR.
✅ Menerapkan Kaedah Laluan Kritikal (CPM) untuk penjadualan yang logik dan realistik.
✅ Menjejak dan mengemaskini kemajuan dengan kaedah yang diiktiraf oleh agensi teknikal.
✅ Membuat analisis prestasi projek, mengesan kelewatan, dan merancang tindakan pemulihan.
✅ Menggunakan Microsoft Project secara profesional sebagai alat utama pengurusan jadual.
Berdasarkan Piawaian JKR
Kursus ini dibangunkan sepenuhnya berasaskan:
- Garis Panduan Penjadualan Projek JKR, dokumen rujukan rasmi bagi semua projek di bawah seliaan JKR.
- Modul Latihan Penjadualan Projek JKR, yang digunakan untuk melatih staf teknikal JKR di seluruh negara.
Menariknya, kursus ini dikendalikan oleh salah seorang penggubal utama kedua-dua dokumen tersebut – Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff.
Jurulatih Anda: Pakar Penjadualan Projek
Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff
- Jurutera Profesional Bertauliah
- Master in Project Management (UTM)
- Registered Program Director (JKR)
- Certified Construction Project Manager (CIDB)
- Jurulatih Bertauliah HRD Corp
- Penggubal Garis Panduan & Modul Latihan Penjadualan Projek JKR
- Berpengalaman luas dalam audit, pembangunan program kerja dan latihan profesional projek pembinaan awam
Kandungan Kursus
Modul 1: Pengenalan kepada Perancangan dan Penjadualan Projek
- Konsep asas perancangan dan penjadualan projek.
- Pengenalan kepada konsep laluan kritikal (CPM)
- Pengenalan kepada Microsoft Project.
Modul 2: Pembangunan Program Kerja Mengikut Garis Panduan JKR
- Teknik pembangunan Struktur Pecahan Kerja (WBS).
- Menentukan jujukan aktiviti & logik rangkaian.
- Penetapan milestones (dalaman & luaran).
- Anggaran tempoh aktiviti berdasarkan sumber diperuntukkan.
- Mengenal pasti laluan kritikal.
Modul 3: Pengemaskinian & Pelaporan Kemajuan
- Kaedah mengesan kemajuan sebenar projek.
- Menganalisis varians dan status kemajuan projek.
- Pelaporan prestasi dan KPI kemajuan.
Modul 4: Kawalan Kelewatan & Pemulihan Jadual
- Mengenal pasti punca kelewatan dan analisis impaknya.
- Strategi pembangunan pelan pemulihan untuk kembali ke jadual asal.
Siapa Patut Hadir?
- Pegawai dan staf teknikal dalam pengurusan projek atau pembinaan.
- Kontraktor dan konsultan yang terlibat dalam penyediaan program kerja.
- Profesional pembinaan yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penjadualan projek.
- Individu yang ingin memahami dan mengaplikasikan prinsip pembangunan program kerja dan pelaporan kemajuan projek.
Kaedah Latihan
✅ 80% Latihan Praktikal (Hands-On)
✅ Berdasarkan kes sebenar projek JKR.
✅ Template, carta, dan borang rasmi disediakan.
✅ Latihan menggunakan Microsoft Project dari asas ke tahap lanjutan.
✅ Sokongan selepas latihan disediakan untuk bantu peserta dalam projek sebenar.
Sertai Sekarang!
Jangan biarkan kelemahan program kerja menjejaskan prestasi projek anda. Dengan ilmu yang tepat dan panduan yang betul, anda mampu:
✅ Menyediakan program kerja profesional yang mudah diluluskan.
✅ Kaedah mengemas kini kemajuan bulanan yang selari dengan kehendak Pegawai Penguasa (SO).
✅ Teknik analisis perbezaan kemajuan dan pelaporan prestasi projek menggunakan data sebenar.
✅ Menjadi penjadual projek yang dipercayai oleh pihak pelanggan dan majikan.
Hubungi kami untuk menyertai kursus secara atas talian (Zoom/Google Meet) atau untuk mengadakan latihan/kursus ini di organisasi anda.
Program ini bukan sekadar kursus. Ia adalah pelaburan untuk prestasi projek anda. Belajar terus dari penggubal garis panduan – dan jadilah penjadual projek yang sebenar.
Hubungi kami melalui borang “Hubungi Kami” atau WhatsApp WZ Training & Development:





