Pemantauan dan Kawalan Kemajuan Projek

Surat Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya Bil 6/2015 telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memantau dan mengawal kemajuan kerja projek pembinaan. Surat arahan tersebut bertujuan untuk memperkemaskan dan menyeragamkan kaedah pemantauan dan kawalan kemajuan pembinaan projek.

Pemantapan pemantauan kerja pembinaan yang digariskan dalam Surat Arahan tersebut antara lain adalah penggunaan WBS dalam merekod aktiviti di dalam Buku Harian Tapak, penggunaan varians dan varians tarikh siap sebagai kaedah menentukan sama ada kemajuan awal atau lewat daripada jadual, penyenaraian aktiviti terkebelakang daripada jadual dan aktiviti tidak dimulakan seperti jadual.

Selain daripada itu, seiring dengan pengeluaran Surat Arahan tersebut, JKR juga telah mengeluarkan Garis Panduan Penjadualan Projek JKR. Garis panduan tersebut bertujuan untuk membantu penjadual projek menyedia program kerja yang menepati kehendak JKR dan juga sebagai panduan untuk Pegawai Penguasa (PP) atau konsultan menilai program kerja yang dikemukakan oleh kontraktor.

Garis panduan mengandungi:

  • Langkah untuk menyediakan program kerja atau jadual projek
  • Format yang perlu digunakan untuk tujuan permohonan kelulusan PP
  • Elemen yang perlu diambil kira dalam penyediaan program kerja
  • Senarai semak untuk menilai program yang dikemukakan untuk kelulusan
  • Senarai semak untuk perkara yang perlu diambil kira untuk pengesanan dan pelaporan kemajuan projek

Untuk mendapat salinan Surat Arahan dan Garis Panduan tersebut, sila hubungi kami menggunakan pautan “HUBUNGI KAMI” di atas.

Komen Anda:

Emel anda tidak akan disiarkan. Diperlukan *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>