Penjadualan: Kenapa Tak Boleh Hubungkan Ke Ringkasan Tugasan

“Adakah amalan menghubungkan aktiviti atau satu ringkasan tugasan (summary tasks) ke satu ringkasan tugasan yang lain satu amalan yang baik?”

Apa itu Ringkasan Tugasan?

Dalam penjadualan projek; ringkasan tugasan atau ringkasan aktiviti adalah ringkasan sub-aktiviti di bawahnya. MS Project atau Primavera secara automatik mengira ringkasan maklumat aktiviti (seperti tempoh dan kos) menggunakan maklumat yang dimasukkan untuk setiap sub-aktiviti.

Secara umum menghubungkan aktiviti dan/atau satu ringkasan tugasan ke satu ringkasan tugasan yang lain bukanlah satu amalan yang baik. Piawai amalan terbaik penjadualan PMI tidak menggalakkan hubungan kepada ringkasan tugasan. Antara sebab yang diberikan adalah penggunaan tersebut mungkin akan menghasilkan ralat logik.

Hubungan ke ringkasan tugasan boleh menghasilkan ralat dalam logik dan biasanya akan memanjangkan tempoh jadual.

Pertimbangkan contoh di bawah. Aktiviti ‘brick laying’ di Panel 1 dijadualkan siap dalam tempoh 5 hari. Disebabkan hubungan dibuat ke ringkasan tugasan maka terdapat jurang antara aktiviti ini dengan aktiviti yang menyusulinya, iaitu aktiviti ‘plastering’ untuk Panel 1. Ia hanya akan bermula pada 18/2 dan bukan 11/2 sebagaimana sepatutnya. Begitu juga antara aktiviti ‘plastering’ Panel 1 dengan aktiviti ‘painting’ Panel 1. Jurang tersebut menyebabkan tempoh projek yang sepatutnya 14 hari menjadi 18 hari.

SummaryTask-Linked

Hubungan yang patut digunakan seharusnya hanya di antara aktiviti atau milestone dengan aktiviti atau milestone sahaja, seperti contoh di bawah. Perasan tak tempoh projek adalah 14 hari, dan aktiviti ‘plastering’ panel 1 dijadual bermula pada 11/2, bukannya 18/2.

SummaryTask-Unlinked

Secara umum menghubungkan aktiviti di bawah struktur pecahan kerja dengan ringkasan aktiviti bukanlah satu amalan yang baik dan mungkin menyebabkan kesan negatif dalam penjadualan justeru perlu dielakkan. Sub-akitviti dan milestone sahaja yang seharusnya menggerakkan jadual ke hadapan, bukannya ringkasan aktiviti. Setakat ini saya belum berjumpa dengan sebab positif untuk menghubungkan sub-aktiviti dengan ringkasan aktiviti, atau ringkasan aktiviti dengan satu ringkasan aktiviti yang lain, kecuali menjimatkan masa dengan memudahkan pewujudan kebergantungan dalam penjadualan projek.

2 Respons untuk Penjadualan: Kenapa Tak Boleh Hubungkan Ke Ringkasan Tugasan

  1. Yem kata:

    Ada penjadual yang linkkan aktiviti dengan summary task. Kata mereka cara ini lebih cepat dan ia tak ada kesan pada jadual.

  2. ahmad abdul shahid kata:

    saya bersetuju, bagi saya mereka yang menghubungkan dengan ringkasan aktiviti kebiasaanya seorang pensyarah ataupun pegawai yang tidak turun tapak as a planner atau pengurus projek dan mereka berpegang kepada prinsip teori sahaja tanpa mengira pengamalan yang baik.

Komen Anda:

Emel anda tidak akan disiarkan. Diperlukan *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>