Projek Cepat atau Lewat?

Kawan saya tanya kenapa kemajuan projek dia bila dianalisis oleh sistem pejabat beliau berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh kontraktor. Kalau ikut sistem pejabat beliau kemajuan projek lewat 115 hari daripada jadual, tetapi yang kontraktor kira kemajuannya mengikut jadual.

“Kenapa berbeza? Yang mana betul?” Tanya kawan saya.

Saya dah biasa dengan kaedah yang digunakan oleh pejabat rakan saya tu, ia-itu kaedah yang dikenali sebagai “Earned Value” (EV). Kaedah EV menggunakan nilai kerja untuk perancangan dan mengukur kemajuan kerja seperti digambarkan dalam rajah berikut:

S-Curve

Nilai kerja dirancang atau Planned Value (PV), yang dirancang akan dilaksanakan di sepanjang tempoh kontrak, digambarkan dengan garisan hijau. Ia juga dikenali sebagai unjuran kewangan.  Nilai kerja dicapai (kemajuan kewangan) atau Earned Value (EV) pada sesuatu tarikh status, digambarkan dengan garisan merah. Varian Jadual adalah perbezaan di antara EV dengan PV pada sesuatu tarikh status atau tarikh penilaian. Perbezaan inilah yang digunakan untuk menentukan sama ada kemajuan cepat atau lewat dari segi kewangan.

Untuk menentukan lewat atau cepat dari segi masa, kaedah EV menggunakan perbezaan antara tarikh status dengan tarikh sesuatu kemajuan dirancang sepatutnya dicapai. Sebagai contoh, PV pada 28 Februari adalah RM17 juta. Namun EV pada tarikh tersebut adalah RM RM16.5 juta. Katakan mengikut perancangan nilai RM16.5 juta sepatutnya dicapai pada 14 Feb, oleh itu terdapat kelewatan sebanyak 14 hari.

Kontraktor dikatakan menggunakan kaedah CPM untuk menentukan status kemajuan projek. Perisian pengurusan projek seperti MS Project menggunakan “Finish Variance” untuk menentukan sama ada kemajuan cepat atau lewat. Bila saya semak laporan kontraktor, sebenarnya Finish Variance tidak digunakan untuk mendapatkan status kemajuan.

Kontraktor menetapkan wajaran bagi setiap item kerja dan mengira peratus cepat atau lewat item tersebut. Kemudian peratusan tersebut dijumlahkan dan didarabkan dengan tempoh kontrak untuk mendapatkan jumlah hari cepat atau lewat. Cara ini sangat berbeza dengan Finish Variance yang terdapat dalam kaedah CPM.

Sepatutnya Finish Variance digunakan untuk menentukan status kemajuan projek. Jika digunakan, mengikut pengalaman saya, jumlah hari cepat/lewat tidak banyak berbeza dengan kaedah EV.

Komen Anda:

Emel anda tidak akan disiarkan. Diperlukan *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>