Proses Pengurusan Projek

A Guide to the Project Management Body of Knowledge (PMBOK Guide) terbitan Project Management Institute, USA (2004), mengenalpasti 42 proses pengurusan projek yang dikaitkan dengan lima kumpulan proses dan terkandung dalam sembilan aspek atau bidang pengetahuan pengurusan projek.

Lima kumpulan proses adalah:

  1. Pentakrifan
  2. Perancangan
  3. Pelaksanan
  4. Pemantauan & Kawalan
  5. Penutupan

Sembilan bidang pengetahuan adalah:9-bidang-ilmu

  1. Pengurusan Integrasi
  2. Pengurusan Skop
  3. Pengurusan Masa
  4. Pengurusan Kos
  5. Pengurusan Kualiti
  6. Pengurusan Sumber Manusia
  7. Pengurusan Komunikasi
  8. Pengurusan Risiko
  9. Pengurusan Perolehan

Setiap daripada sembilan bidang pengetahuan mengandungi proses yang perlu dilaksanakan untuk memastikan pengurusan projek yang berkesan. Setiap proses ini juga termasuk dalam salah satu daripada lima kumpulan proses. Justeru setiap proses boleh dikaitkan dengan satu bidang pengetahuan dan satu kumpulan proses. Kumpulan proses pengurusan projek boleh dihuraikan seperti berikut:

  • Pentakrifan – Proses yang melibatkan pentakrifan dan pemberian kuasa pelaksanaan projek.
  • Perancangan – Proses yang diperlukan untuk mengenalpasti skop projek, memperkemas objektif dan menentukan tindakan yang diperlukan untuk mencapai objektif projek.
  • Pelaksanaan – Proses dilaksanakan untuk menyiapkan kerja yang ditakrifkan dalam pelan pengurusan projek bagi memenuhi keperluan projek.
  • Pemantauan & Kawalan – Proses yang diperlukan untuk mengesan, mengkaji dan mengawal kemajuan dan prestasi projek.
  • Penutupan – Proses dilaksanakan untuk memuktamadkan semua aktiviti merentasi semua kumpulan proses untuk secara rasmi menutup projek.

Input, Teknik & Alat dan Output Proses

aliran-proses

Aliran Proses

Input: Diperlukan untuk laksana proses (dokumen, pelan, rekabentuk, dll.). Contoh Input proses Penentuan Skop; Brif Projek.

Teknik & Alat: Mekanisme yang diaplikasi ke atas input. Contoh Teknik & Alat proses Penentuan Skop; Analisis Kos/Manfaat.

Output: Hasil pelaksanaan proses (dokumen, produk, dll.). Contoh Output proses Penentuan Skop; Penyata Skop Projek.

Komen Anda:

Emel anda tidak akan disiarkan. Diperlukan *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>