Proses Pengurusan Integrasi

Proses-IntegrasiPengurusan integrasi adalah mengenai penyelarasan dengan berkesan ke semua proses yang terkandung dalam kumpulan proses pengurusan projek bagi mencapai objektif projek — melibatkan pengimbangan antara masa, kos dan kualiti. Ia juga melibatkan kerjasama dengan semua staf di dalam organisasi yang terlibat atau ada kaitan dengan projek, tidak hanya kepada pihak berkepentingan terdekat.

Terdapat 6 proses dalam Pengurusan Integrasi, iaitu seperti di bawah:

Kumpulan Proses Proses Pengurusan Integrasi
Pentakrifan Menyediakan Piagam Projek – Proses menyediakan dokumen yang secara rasmi meluluskan projek dan mendokumenkan keperluan awalan bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan. Ia memberi pengurus projek kuasa untuk bertindak dan menggunakan sumber organisasi bagi melaksana projek.
Perancangan Menyediakan Pelan Pengurusan Projek – Proses mendokumenkan tindakan yang perlu untuk membawa projek ke arah pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Pelan ini akan menentukan bagaimana projek akan dilaksanakan, diurus dan dipantau.
Pelaksanaan Mengarah dan Mengurus Pelaksanaan Projek – Proses melaksana kerja yang dirancang dalam Pelan Pengurusan Projek bagi mencapai objektif projek. Fasa ini melibatkan memimpin bagaimana pasukan projek melakukan tindakan untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Projek dan menyiapkan kerja yang diperincikan dalam Penyata Skop Projek.
Pemantauan & Kawalan Memantau dan Mengawal Kerja Projek – Proses mengesan, mengkaji semula, dan mengawal kemajuan kerja agar mencapai objektif prestasi seperti yang ditetapkan dalam pelan pengurusan projek.
Melaksanakan Kawalan Perubahan Bersepadu – Proses menyemak semula kesemua permohonan perubahan, melulus perubahan, dan dengan itu mengawal perubahan ke atas serahan (produk).
Penutupan Tutup Projek – Proses memuktamadkan semua aktiviti merentasi
ke semua kumpulan proses untuk secara formal menyiapkan projek. Jika semua aktiviti-aktiviti yang ditetapkan dapat diselesaikan, projek
secara rasmi direkod sebagai ditutup.

Akan ada pertindihan dan interaksi antara kumpulan proses projek, dan secara langsung memberi impak ke atas satu sama lain. Interaksi ini mewujudkan penyegerakkan pengurusan projek.

Komen Anda:

Emel anda tidak akan disiarkan. Diperlukan *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>