Struktur Pecahan Kerja (WBS)

WBS-Globe

Struktur Pecahan Kerja atau lebih dikenali dengan WBS (Work Breakdown Structure) merupakan tulang belakang projek.  Ia digunakan sebagai asas untuk memperuntukkan sumber dan tanggungjawab kepada ahli pasukan projek. WBS merupakan perkakasan utama untuk pengurus projek mengurus projek dengan berkesan. Apa itu struktur pecahan kerja?

Kita ambil dunia sebagai satu analogi. Dunia dibahagikan kepada tujuh benua mengikut geografi dan budaya; Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Eropah, dan Oceania. Benua-benua ini dipecahkan lagi kepada sub-benua. Sebagai contoh benua Asia dibahagikan kepada enam sub-benua atau rantau – Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Tengah, dll. Sub-benua pula dipecahkan kepada negara, negara dipecah kepada negeri, negeri kepada daerah. Daerah pula boleh dipecahkan lagi kepada kawasan yang lebih kecil. Dengan pemecahan ini, dunia lebih mudah untuk ditadbir dan dijaga.

Begitulah juga dengan projek. Projek (kerja yang besar) perlu dipecahkan kepada beberapa serahan (deliverables), iaitu produk yang akan disampaikan kepada pelanggan agar ia lebih mudah untuk diurus. Sebagai contoh, projek sekolah boleh dipecahkan kepada blok bilik darjah, blok pentadbiran, dewan serbaguna, kantin, pondok jaga, dll. Setiap satu dari serahan ini boleh seterusnya dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Blok bilik darjah boleh dipecahkan kepada tingkat bawah, tingkat 1, tingat 2, tingkat 3, dan bumbung. Tingkat bawah boleh dipecahkan lagi ke komponen yang lebih kecil dan seterusnya kepada aktiviti. Pemecahan ini memudahkan pengurus projek memperuntukkan sumber untuk pelaksanaan aktiviti dan menganggarkan kos yang diperlukan untuk perolehan sumber.

Ada dua kaedah lazim untuk membangunkan WBS, menggunakan pemecahan (serahan, fasa, dsb) seperti diceritakan di atas atau menyenaraikan semua kerja yang terdapat dalam senarai kuantiti (Bill of Quantities).

Penjadual projek yang menyediakan WBS dengan menyenaraikan kerja seperti yang tersenarai dalam senarai kuantiti sebenarnya mengambil jalan mudah, mereka tidak mahu berfikir secara kreatif. Pada pandangan mereka dengan menyenaraikan semua apa yang ada dalam senarai kuantiti, tidak akan ada kerja yang tertinggal. Pandai-pandailah pengurus projek macamana beliau hendak melaksana kerja yang telah disenaraikan.

Penjadual projek yang menggunakan amalan terbaik dalam pengurusan projek membangunkan WBS yang mengandungi serahan yang boleh diukur seperti yang diceritakan dalam contoh di atas. WBS yang dibangunkan dengan cara ini membolehkan penaja projek, pelanggan, pihak berkepentingan dan pengurus projek menentukan secara objektif titik semak (checkpoints) yang akan digunakan untuk mengukur kemajuan kerja. Ia adalah alat yang kuat (powerful tool) untuk memastikan projek berjalan seperti dirancang dan juga untuk anda sampaikan kepada semua orang yang anda, pengurus projek, tahu apa yang berlaku. Dengan menggunakan teknik ini kita boleh mengelakkan kesukaran dalam menentukan, mengesan dan mengawal sumber berbanding apabila WBS hanya lebih merupakan “senarai” skop kerja.

WBS-Serahan

WBS Berasaskan Serahan

Jika dilaksana dengan baik, WBS akan menjadi perkakasan terpenting untuk anda mengurus projek dengan berkesan dan ahli pasukan akan bertanggungjawab ke atas serahan yang diuntukkan kepada mereka.

2 Respons untuk Struktur Pecahan Kerja (WBS)

  1. [...] Struktur Pecahan Kerja (WBS) yang teratur adalah satu amalan terbaik untuk memastikan kejayaan pelaksanaan [...]

  2. [...] umum menghubungkan aktiviti di bawah struktur pecahan kerja dengan ringkasan aktiviti bukanlah satu amalan yang baik dan mungkin menyebabkan kesan negatif [...]

Komen Anda:

Emel anda tidak akan disiarkan. Diperlukan *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>