Archive for the ‘Penjadualan Projek’ Category

Cara Buat CPM Projek yang Mematuhi Garis Panduan JKR

cara buat cpm projek

Nak tahu cara buat cpm projek yang mematuhi garis panduan JKR? Jika projek anda buat JKR, anda wajib mematuhi garis panduan ini. Jabatan teknikal Kerajaan yang lain, JPP dan JPS, juga mula menggunakan garis panduan yang sama. Dalam artikel ini saya akan kongsikan cara buat cpm projek yang senang diluluskan oleh Pegawai Penguasa (SO). Ramai […]

5 Sebab Jadual Projek (CPM) Gagal

Dalam dunia pengurusan projek, CPM atau program kerja ibarat peta jalan. Tapi macam peta pun, kalau salah baca atau tak ikut betul-betul, kita tetap boleh tersesat. Ramai yang fikir cukup sekadar ada CPM, semua beres. Hakikatnya, banyak projek tergelincir bukan sebab tiada program kerja — tapi sebab program kerja yang ada tak berfungsi seperti yang […]

5 Kesilapan Biasa Dalam Penyediaan Program Kerja Projek

Program kerja bukan sekadar dokumen untuk cukup syarat kontrak—ia sebenarnya jadi tunjang utama dalam kawalan masa, pantau kemajuan, dan menjadi rujukan penting bila timbul isu lanjutan masa atau pertikaian. Tapi walaupun dah biasa sediakan program kerja, ramai penjadual projek masih terjebak dengan kesilapan yang sama berulang kali. Dalam artikel ni, kita kupas 5 kesilapan biasa […]

Kursus Project Scheduling Berdasarkan Spesifikasi JKR

Pihakkami menganjurkan berbagai kursus berkatitan dengan pengurusan projek. Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.

Penjadualan: Kenapa Tak Boleh Hubungkan Ke Ringkasan Tugasan

“Adakah amalan menghubungkan aktiviti atau satu ringkasan tugasan (summary tasks) ke satu ringkasan tugasan yang lain satu amalan yang baik?” Apa itu Ringkasan Tugasan? Dalam penjadualan projek; ringkasan tugasan atau ringkasan aktiviti adalah ringkasan sub-aktiviti di bawahnya. MS Project atau Primavera secara automatik mengira ringkasan maklumat aktiviti (seperti tempoh dan kos) menggunakan maklumat yang dimasukkan […]

Hubungan Aktiviti SS: Penjadual Nak Senang Kerja?

Dalam kursus yang dikendalikan, saya beritahu para peserta yang hubungan aktiviti jenis SS tidak digalakkan kerana akan memberi gambaran yang tidak tepat ketika melaksana pengesanan kemajuan projek. Hubungan SS biasanya digunakan oleh mereka yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan tarikh siap projek mengikut kontrak—tidak melaksana mampatan jadual sebagaimana sepatutnya.

6 Langkah Penyediaan Jadual Projek Yang Berkesan

Saya selalu mendengar orang berkata, “buat apa sediakan jadual, projek lewat juga!” Memang benar, banyak projek yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun disediakan jadual projek. Namun penyediaan jadual projek semata-mata tidak menjamin kejayaan projek.

Struktur Pecahan Kerja (WBS)

Struktur Pecahan Kerja atau lebih dikenali dengan WBS (Work Breakdown Structure) merupakan tulang belakang projek.  Ia digunakan sebagai asas untuk memperuntukkan sumber dan tanggungjawab kepada ahli pasukan projek. WBS merupakan perkakasan utama untuk pengurus projek mengurus projek dengan berkesan.

Powered by WordPress and ShopThemes