Beberapa orang student saya pernah bertanya bagaimana mereka nak terangkan kepada client yang status kemajuan projek adalah mengikut jadual walaupun perbezaan atau varian antara kemajuan sebenar dengan kemajuan dirancang adalah negatif. Kebanyakan orang beranggapan kemajuan projek adalah lewat sekiranya kemajuan sebenar dicapai adalah lebih rendah daripada kemajuan dirancang. Benarkah apabila varians kemajuan negatif maka kemajuan projek adalah lewat?
Contoh: Kemajuan sebenar dicapai adalah 35% dan kemajuan dirancang adalah 40%. Justeru varian kemajuan adalah -5%. Adakah ini bermakna status kemajuan projek telah terlewat? Tidak semestinya, ia boleh jadi mengikut jadual, lewat atau awal.
Pegawai pemantau projek pernah bertanya apa tindakan yang saya akan ambil untuk menangani kemajuan projek yang pada beliau telah terlewat sebanyak 10% (varians kemajuan -10%). Saya maklumkan kepada beliau bahawa status kemajuan projek sebenarnya tidak lewat. Kemajuan projek tidak semestinya lewat apabila varians kemajuan adalah negatif. Saya juga maklumkan bahawa tindakan yang diambil oleh pasukan projek adalah untuk terus melaksana pemantauan dan akan mengambil tindakan sewajarnya, iaitu menyedia dan melaksana recovery plan, apabila terdapat varians kemajuan yang menyebabkan kelewatan projek.
Benarkah kemajuan projek tidak lewat walaupun varians kemajuan adalah negatif? Berdasarkan asas penjadualan projek menggunakan kaedah laluan krtikal atau Critical Path Method (CPM), sebenarnya:
Status kemajuan projek, sama ada mengikut jadual, awal daripada jadual atau lewat daripada jadual adalah bergantung kepada status kemajuan aktiviti kritikal. Terdapat tiga senario:
- Jika aktiviti kritikal lewat: Kemajuan projek juga turut lewat, tidak kira sama ada varian kemajuan negatif, positif atau tiada perbezaan.
- Jika aktiviti kritikal awal: kemajuan projek juga turut awal, tidak kira sama ada varian kemajuan negatif, positif atau tiada perbezaan.
- Jika aktiviti kritikal mengikut jadual: kemajuan projek juga mengikut jadual, tidak kira sama ada varian kemajuan negatif, positif atau tiada perbezaan.
Ketiga-tiga senario ini diterangkan dengan lebih lanjut di sini:

Posted in 

Assalamualaikum tuan, bagaimana jika client tidak membenarkan TOTAL SLACK melebihi 14 hari? Apakah impak pada program kerja tersebut sekiranya TOTAL SLACK lebih dari 14 hari? Terima kasih.
Waalaikumsalam,
Total Slack secara mudah bermaksud tempoh masa sesuatu aktiviti boleh ditangguhkan penyiapannya tanpa melewatkan tarikh siap projek. Jumlah Total Slack bergantung kepada bagaimana aktiviti disusun atau dijujukkan (sequence) dalam gambarajah rangkaian. Ia akan menentukan tahap fleksibiliti sesuatu jadual projek.
Jika semua aktiviti dapat disiapkan mengikut jadual masing-masing, maka tidak perlulah ada Total Slack. Jika Total Slack dihadkan kepada 14 hari, maka aktiviti berkenaan mesti disiapkan tidak melebihi 14 hari selepas tarikh dirancang. Jika melebihi 14 hari, ianya akan menyumbang kepada kelewatan projek. Sebagai contoh, jika terdapat aktiviti yang tarikh siapnya lewat 15 hari daripada tarikh ianya dijadualkan, maka kemajuan projek akan menunjukkan kelewatan sebanyak 1 hari.
[…] Tulisan berkaitan: Kemajuan Projek Mengikut Jadual, Awal atau Lewat? […]