Kursus Pemantauan Projek Berkesan untuk Pegawai Teknikal & Bukan Teknikal
Latar Belakang
Pegawai di bahagian penyelarasan dan pemantauan memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan. Kursus ini direka bentuk secara berasaskan kompetensi (Competency-Based Training) untuk melatih pegawai (teknikal & bukan teknikal) agar mampu melaksanakan pemantauan dan kawalan projek secara sistematik, memahami laporan kemajuan, menganalisis isu pelaksanaan dan mencadangkan tindakan penambahbaikan. Fokus kursus ini adalah kepada aplikasi pengetahuan dalam situasi sebenar kerja.
Objektif Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mengenalpasti komponen penting dalam pelaporan kemajuan projek.
- Menyusun langkah pemantauan projek secara sistematik.
- Menilai ketepatan maklumat dalam laporan kemajuan.
- Menganalisis punca isu pelaksanaan projek.
- Mencadangkan tindakan pemulihan terhadap kelewatan atau ketidakpatuhan.
- Menyediakan cadangan pemantauan berbentuk ringkasan profesional.
Kaedah Pengajaran
- Pembelajaran berasaskan tugasan (work-based learning)
- Perbincangan kumpulan kecil (group discussion)
- Kajian kes sebenar (case study)
- Simulasi dan pembentangan portfolio
Tentatif Kursus (2 Hari)
Hari Pertama:
Pendaftaran dan Pra-Ujian
Modul 1: Fungsi & Tanggungjawab Pemantauan Projek
Modul 2: Persediaan Sebelum Pemantauan Tapak
Modul 3: Kaedah Semakan & Pemerhatian di Tapak
Hari Kedua:
Modul 4: Menyemak & Menganalisis Laporan Kemajuan Projek
Modul 5: Analisis Isu & Cadangan Tindakan Susulan
Modul 6: Penilaian Outcome Projek
Modul 7: Penyampaian Dapatan Secara Profesional
Post-test & Penutup Kursus
Kumpulan Sasaran
Pegawai daripada Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan di pelbagai kementerian atau agensi, khususnya pegawai bukan teknikal.
Tenaga Pengajar/Fasilitator
Jurulatih berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam pemantauan projek, penilaian outcome, dan analisis laporan.
Penutup
Kursus ini membantu pegawai teknikal dan bukan teknikal memainkan peranan efektif sebagai pemantau projek dalam persekitaran sebenar. Pendekatan hands-on, berasaskan kompetensi dan portfolio menjadikan latihan ini bersifat praktikal, relevan dan boleh terus diaplikasikan selepas tamat kursus.
Untuk Pendaftaran Kursus
Hubungi kami melalui borang “Hubungi Kami” atau WhatsApp WZ Training & Development:
Kursus Berikut
Tarikh: 15 – 16 Oktober 2025
Tempat: Pulau Langkawi


