Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah mengeluarkan garis panduan penyediaan program kerja atau jadual kerja bagi projek pembinaan pada tahun 2011. Setiap program kerja (CPM) yang dikemukakan kepada Pegawai Penguasa (S.O) untuk kelulusan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam garis panduan tersebut. Tanpa kefahaman terhadap garis panduan ini, penyediaan jadual akan berisiko ditolak atau memerlukan pindaan berulang kali—melambatkan proses kelulusan dan menjejaskan reputasi kontraktor.
Garis Panduan Penjadualan Projek JKR menggariskan perkara yang perlu diambilkira dalam penyediaan program kerja bagi memastikan ianya praktikal dan dapat menjamin projek berjaya disiapkan mengikut jadual asal. Antara proses utamanya ialah pembangunan Work Breakdown Structure (WBS), penjujukan aktiviti, anggaran tempoh aktiviti dan keabsahan laluan kritikal (CPM).
Kami menyediakan latihan dan bengkel bagi membantu pihak kontraktor, konsultan, dan ahli pasukan projek menyediakan atau menyemak program kerja.
Berikut ialah komponen utama yang akan diterokai dalam kursus ini:
- Pembentukan Work Breakdown Structure (WBS) yang baik sebagai asas penjadualan projek.
- Pembangunan Network Diagram – Menentukan hubungan logik aktiviti.
- Pemahaman Konsep Kaedah Laluan Kritikal (CPM) – bagi membuat analisis logik terhadap program kerja yang disediakan.
- Penentuan Tempoh dan Sumber – Kaedah anggaran tempoh berdasarkan sumber dan produktiviti.
- Pembangunan Jadual – Menyediakan jadual lengkap yang realistik dan mengikut kontrak.
- Pembinaan S-Curve Fizikal dan S-Curve Kewangan menggunakan data yang diekstrak dari perisian pengurusan projek seperti Microsoft Project.
- Analisis Prestasi – Membandingkan jadual asal dengan kemajuan sebenar & penentuan status kemajuan (Awal, ikut jadual atau lewat.)
- Pembinaan Pelan Pemulihan (Recovery Plan) – Merangka tindakan apabila projek mula menunjukkan kelewatan.
Siapa Patut Hadir
Kursus ini amat sesuai untuk:
- Jurutera projek, penyelaras, dan perancang dari pihak kontraktor dan perunding.
- Pegawai teknikal yang menyediakan atau menyemak program kerja projek pembinaan.
- Profesional yang terlibat dalam projek JKR atau agensi kerajaan yang memerlukan pematuhan kepada spesifikasi penjadualan projek JKR.
Faedah Kursus
Di akhir kursus, peserta akan:
- Memahami dan mematuhi kehendak rasmi JKR untuk penjadualan projek.
- Meningkatkan kebolehgunaan dan kebolehterimaan jadual projek oleh pihak pegawai penguasa.
- Menyediakan dokumentasi dan laporan prestasi yang boleh dibuktikan secara profesional.
- Mempunyai kemahiran menyediakan pelan pemulihan yang logik dan meyakinkan.
- Mengurangkan risiko kelewatan projek akibat program kerja yang lemah.
Baca selanjutnya di: Kursus Penjadualan Projek Mengikut Garis Panduan JKR
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami melalui link “HUBUNGI KAMI”
.
Posted in 

Salam sejahtera. Boleh sy dapatkan maklumat sama ada masih ada lagi kursus ini ya? Jika ada tuan boleh tolong kongsikan maklumat ya.
Salam Sejahtera,
Buat masa ini kami jalankan kursus scheduling ni utk syarikat kontraktor dan jabatan kerajaan. Akn dimaklumkan bila kami akan buat public program.