Sistem Pengurusan Kualiti: Cara Guna, Bukan Sekadar Isi Borang

sistem pengurusan kualiti JKR

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK JKR) ialah kerangka kawalan kualiti yang diwajibkan kepada kontraktor yang melaksanakan projek di bawah JKR. Sistem ini merangkumi dasar, prosedur, rekod dan kawalan teknikal yang direka untuk memastikan kerja yang dilaksanakan mencapai kualiti seperti dalam spesifikasi. Persoalannya ialah adakah ia digunakan secara berkesan atau hanya cukup syarat?

Dalam kebanyakan projek — Sistem Pengurusan Kualiti dilihat hanya sebagai alat dokumentasi — fail khas disediakan untuk menyimpan rekod kualiti berkenaan bagi tujuan pematuhan semasa audit kualiti dijalankan. Sebenarnya sistem tersebut tidak digunakan sebagai alat kepastian dan kawalan kualiti, sebagai mana yang sepatutnya.

“Borang pemeriksaan kualiti lengkap. Semua pemeriksaan ditanda OK. Tapi bila buka formwork — penuh honeycomb.”
Pernah terjadi? Atau sedang berlaku?

⚠️ Realiti di Tapak: Borang (Senarai Semak) Dilengkapkan, Kualiti Terlepas

Sistem Pengurusan Kualiti memang ada. Fail kualiti kemas.
Borang pemeriksaan kerja tapak (senarai semak) lengkap.
Semua tandatangan kelulusan ada.

Tetapi selepas formwork dibuka — terdedah honeycomb, keretakan, atau kerja tidak kemas. Kenapa?

👉 Kerana Sistem Pengurusan Kualiti hanya dilaksanakan atas kertas, bukan digunakan untuk mencapai kualiti.
👉 Pemeriksaan ditapak hanya sekadar ritual — bukan kepastian dan kawalan sebenar.

🔄 Sistem Pengurusan Kualiti yang Berfungsi: Kawal, Bukan Cover

Mari tanya semula:
Apa tujuan Pelan Pemeriksaan & Pengujian (ITP)?
Apa tujuan borang pemeriksaan atau senarai semak?
Untuk tahu apa pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilaksana untuk kerja tertentu…..untuk rekodkan apa yang disemak di setiap peringkat, adakah mematuhi standard yang ditetapkan sebelum diteruskan peringkat berikutnya — supaya kesilapan dapat dicegah awal.

Tapi jika:

  • Penyelia tidak benar-benar periksa kerja di tapak,
  • Perunding tandatangan tanpa lawat tapak,
  • Borang ditanda “OK” kerana takut ganggu progress…

… maka Sistem Pengurusan Kualiti bukan lagi sistem kawalan, tapi sistem perlindungan kesilapan.

👷‍♂️Peranan Setiap Pihak Dalam Sistem Pengurusan Kualiti

Kontraktor:
Bukan cukup sekadar lengkapkan borang. Guna SPK untuk merancang, menyemak dan mengawal kualiti kerja.

Penyelia Tapak:
Pastikan kerja yang disemak menepati keperluan atau standard yang ditetapkan sebelum tandakan OK. Catatan dan pemerhatian perlu jujur dan tepat, menggambarkan keadaan sebenar kerja di tapak.

Konsultan / S.O / Pegawai Penguasa:
Tanggung jawab untuk mempastikan kualiti bukan terletak kepada kontraktor dan penyelia tapak (PTB) sahaja. Semakan teknikal anda adalah lapisan perlindungan terakhir. Jangan kompromi dengan “kelulusan atas meja”.

Penutup: Sistem Pengurusan Kualiti Itu Alat, Bukan Perhiasan

Jika digunakan dengan cara yang betul, Sistem Pengurusan Kualiti boleh:

  • Mengelakkan pembaziran
  • Memastikan kualiti terjamin
  • Melindungi reputasi semua pihak

Tapi jika disalahguna — kita hanya mengisi borang sambil menunggu kegagalan berlaku.

Mulakan dengan satu perubahan kecil hari ini:
Pastikan setiap borang yang anda tandatangan benar-benar mewakili kerja yang diperiksa.

Kerana kualiti tidak datang daripada borang —
Ia datang daripada tindakan.

Untuk versi Bahasa Inggeris, klik di sini.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress and ShopThemes