Workshop Pembangunan Program Kerja Mengikut Garis Panduan Penjadualan Projek JKR

Dalam projek kerajaan, program kerja bukan sekadar lampiran kontrak—ia adalah dokumen kritikal yang menentukan sama ada kerja anda diluluskan atau ditolak, sama ada pasukan anda bergerak lancar atau tersekat di peringkat awal.

JKR kini menetapkan dengan jelas bahawa semua program kerja yang dikemukakan untuk kelulusan Pegawai Penguasa perlu mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Penjadualan Projek JKR.

Namun, ramai kontraktor, pengurus projek dan konsultan masih belum benar-benar memahami:

  • Apakah struktur dan format yang betul?
  • Apakah logik penjadualan yang dikehendaki Pegawai Penguasa?
  • Bagaimana untuk menyediakan program kerja yang tidak ditolak, sekali hantar terus lulus?

Kenapa Anda Perlu Sertai Bengkel Ini?

Bengkel ini direka khusus untuk:

  • Kontraktor utama (G1-G7) yang perlu mengemukakan program kerja kepada JKR (Pegawai Penguasa)
  • Penyelia tapak yang bertanggungjawab memastikan kerja di tapak mengikut perancangan
  • Pihak pengurusan projek yang ingin menambah baik kecekapan dan kawalan masa projek

Melalui bengkel ini, anda akan:

  • Belajar membangunkan program kerja mengikut kehendak rasmi JKR
  • Memahami dengan jelas keperluan struktur, logik, dan susunan aktiviti projek
  • Mengetahui teknik mengelakkan kelewatan kelulusan akibat kesilapan biasa
  • Meningkatkan tahap profesionalisme dan pematuhan dalam penyampaian projek kerajaan

Siapa Fasilitator Anda?

Bengkel ini dikendalikan oleh seorang tokoh penting dalam bidang penjadualan projek pembinaan:

🎓 Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff

  • Seorang daripada penggubal utama Garis Panduan Penjadualan Projek JKR
  • Seorang daripada penggubal modul latihan rasmi penjadualan projek untuk pegawai JKR
  • Pengarang buku “Confession of a Project Scheduler” – panduan untuk pembangunan program kerja, penilaian program kerja dan mengesan manipulasi dalam penyediaannya.

Ini bukan sekadar latihan – ini adalah peluang eksklusif untuk belajar terus daripada individu yang terlibat dalam pembangunan standard JKR itu sendiri.

Sertai Sekarang – Jika anda serius mahu:

  • Memastikan program kerja anda tidak lagi ditolak
  • Mengelakkan kelewatan permulaan kerja akibat kegagalan jadual
  • Meningkatkan kredibiliti anda di mata Pegawai Penguasa
  • Menjadi lebih yakin dalam penyediaan dokumen penting projek

Anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini. Hubungi kami sekarang!!!

Powered by WordPress and ShopThemes